Wednesday, November 6, 2013

My second pregnancy

Dear diary,

Agaknya lepas ni setahun sekali baru update belog. huhu! Rindu rasanya nak mengomel kat sini. Rinduu! Kalau dulu bukan main excited lagi dengan belog. Sampaikan sehari  2 3 entry aku post. Now, what to says.. ahahah! Banyak sangat anasir lain mengganggu.

Sebenarnya update ni just nak share serba sedikit about my second pregnancy! Yeeeahh! Syukur alhamdulillah almost 5 months little caliph membesar dalam rahim ibunya. Tak sangka, pejam celik dah masuk 5 bulan. Cepatnya masa berlalu. Kalau ikutkan EDD, dijangka akan bersalin pada March 2014. Doakanlah yang terbaik untuk kami yer.

Sejak mengandungkan kali kedua ni rasa bessssttt sangat. Alah macam sebelum ni. Sekejap jer. Dari bulan 6 dah miss period, aku dah rasa sumting happend dalam badan. Of course, buat pertaman kalinya hormon mula meningkat naik.. aku deman masa tu. Pakej sakit tekak, selsema dll. Alasan pertama ingatkan aku terover makan jeruk pelam yang mak buat. Tapi, kehendah Allah yang lebih tahu segalanya. 

Bila period lewat, terus hint kat husband sebab sejak 3 4 bulan sebelumnya lagi kami dah start planning untuk second baby dan alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. 


25/7/2013 ~ pagi-pagi lagi dah excited nak check urine. Firasat dalam hati masa tu memang dah jangka, tapi biar nampak buktinya pada husband. hehehe! Tak sampai berapa saat, ciiinggggg!!! naik 2 line. Masa tu tak dapat bayangkan senyum sampai cecah telinga.

Dan buat pertama kalinya pada tahun ni aku dapat puasa penuh dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah! Masa bulan puasa dan raya haritu la yang aku start alah. Alah pun nasib baik tak teruk. Just kadang-kadang rasa loya pastu nak muntah. Takdela simptom tambahan lain. Then masuk je bulan kedua, alah pun berkurangan. Badan pun dah mula stabil. Makan? tak pernah takde selera makan la aku ni. hehehe! Semua benda nak makan... Makan je keja. Apa lagi, time ni la nak membela perut kan. huhuuu!


17/8/2013 ~ For the first time nak tengok baby. Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik. Seronok sangat tengok abah dan Rayyan teruja tengok adik dalam perut.  Tengok tu, kecik lagi masa ni. Baru 2 bulan.


27/8/2013 ~ Pegi bukak buku merah. Kalau dulu pegi klinik berdua jer. Now dah bertiga. Saayang abah.. sayanggg Rayyan Aiman... sayyyannngg adik! :))

Oklah, dah tak tahu nak update apa lagi walaupun sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan. ehehe! Janggal sungguh dah sekarang ni nak berbelog. Ayat entah apa-apa jer. Apapun, mama akan cuba sedaya upaya merajinkan diri update serba sedikit tentang adik kat sini nanti. So nanti senang la bila adik dah besar, boleh recap balik kenangan waktu mama mengandungannya. Semoga terus membesar, sehat dan sempurna dalam perut mama sayang. Mama saayangg adik. Takmo tendang mama kuat-kuat tau. hehehe! Bye sayang..