Tuesday, August 4, 2015

Rindu blogging!

Hai diary kesayangan. Rindu benar nak berbloging macam dulu2. Bila ada apa2..boleh luah perasaan kat sini. Privacy.Tak semua orang tahu.. Sejak dah beranak dua ni, maklum saja la..hari2 sibuk uruskan anak2 dan suami. phewww..!! Hari2 bila husband ada, ada saja aktiviti bersama anak2 sampai kadang2 tak sempat nak berinternet. Family first orang kata. hehhe!! Bila scrool balik entry lepas, nampaknye takde lagi entry pasal my princess Zulaikha. Kesian dia..Kalau macam abang dia dulu..bukan main lagi..hari2 mama akan update pasal Rayyan Aiman. Sori dear, nak buat macam mana. Zaman adik sekarang ni..mama dah slow sikit nak berbloging.. So tak banyak entry pasal adik..

Hopefully lepas ni..mama akan lebih semangat utk bloging. Rindu nak mengomel sorang2 kat sini.. Maklumlah, dari dulu lagi suka tulis2 diary..so dah tua ni pun..masih ada perasaan nak ada diary internet..hihi...

Gambar latest my princess last raya. Now dah 1y4m. Alhamdulillah.. Makin sehat. Makin bijak!

Ada masa nanti mama update panjang2 tentang adik ok..Muah!!!

p/s: Dah lama tak bloging ni, nasib baik masih ingat macam mana mana nak entry blog. huhu..